Nak cerita tentang penyakit yang aku dapat ni namanya Hiatus Hernia. Penyakit ni jadi dalam perut iaitu perut ternaik ke atas diaphragm dan bengkak. So kiranya salur dari rongga mulut tu nak masuk ke dalam perut tu terjejas la sikit. Lubang dia tak dapat tutup dengan normal. Macam manusia normal, bila korang makan sesuatu, pintu perut tu terbukak and lepas makanan tu masuk, pintu tu tertutup semula. Macam aku, pintu tu terbukak je, so asid dalam perut tu mudah terkeluar. Tu la punca aku asyik loya-loya rasa nak muntah.
Aku dah terasa loya-loya ni akhir tahun 2014 sebenarnya. Masuk tahun 2015, dia jadi macam lagi teruk jugak, macam loya tu tiba-tiba datang. Rasa susah gila nak sendawa, kalau sendawa tu siap rasa nak termuntah sekali. Tapi masuk bulan July & August 2015 tu paling teruk terjadi dalam hidup aku. Aku tak dapat makan, apa saje makanan masuk dalam perut, 30 minit lepas tu akan keluar semula. Aku makan roti ke, coklat ke, nasi ke.. semua keluar, minum air pun muntah jugak tau! Ya Allah, masa tu aku menangis setiap malam berdoa supaya sembuh, aku nak makan jugak macam orang lain. Kawan-kawan ajak makan sedap2, aku cemburu sebab aku takkan dapat makan, nikmat makan & kenyang tu dah hilang.
28/8/2015 adalah birthday aku, masa tu memang aku tengah sakit, berat badan tengah susut teruk. Ibu ayah cakap nak sambut birthday aku kat dominos pizza, aku cakap "takpayah la, angah bukan dapat makan pun. Nanti membazir je.". Aku jadi sedih bila ade orang lain ajak makan sebab aku tau aku takkan dapat makan dan takkan rasa kenyang. Ibu dengan ayah bawak jugak makan dominos pizza dekat Bandar Baru Uda, baru bukak kedai tu. Lepas dah order dapat, aku makan satu slice je dengan mushroom soup sikit sebab aku risau kalau aku makan banyak aku boleh termuntah instantly kat situ.
Dah pergi jumpa banyak doktor, hospital sultanah aminah, klinik swasta & klinik pakar. Makan ubat klinik swasta baik dalam dua hari je, lepas tu muntah semula. Lepas seminggu tak baik, ibu ayah bawak pergi klinik pakar dekat bandar JB, tak ingat pulak nama dia tapi pakar perut la. Dia check tanya semua cakap, kenapa tak jumpa doktor awal-awal cakap sakit? Aku balas ingatkan loya muntah biasa je sebab dulu tak kerap macam sekarang. Doktor pakar suruh buat x-ray dulu dekat KPJ untuk tengok ade ape-ape yang tak function, dapat result, alhamdulillah normal. Takde ape-ape yang pelik jadi dalam perut aku.
So doktor proceed suruh buat endoscopy, aku buat dekat HSA awal bulan 9. Masa tu sepatutnya aku naik semester dah dekat UniKL, tapi seminggu skip sebab nak tunggu buat endoscopy ni. Korang tahu tak endoscopy ni macamana?
Haa yang atas ni lah alat yang digunakan untuk masuk dalam perut aku. Aku seriau betul tengok gambar dekat google bila search endoscopy ni. Yelah ade something masuk dalam mulut kan and mase tu aku kerap muntah, dijolok pulak dengan bende mau nye tersembur air liur semua. Haha lawak je. Sebelum buat endoscopy ni, korang kena puasa dulu satu hari. Start 12 tengah malam sampai esok hari nak buat endoscopy ni. Bila bende ni masuk dekat tekak, rasa macam orang jolok guna jari dekat tekak korang, tapi korang tak dapat nak keluarkan balik, korang terima je. Aku tahan je sebab dia cuma spray air bius dekat tekak je, bukan tidurkan korang. Kalau swasta korang akan tidur semasa doktor buat endoscopy ni, disebabkan kerajaan tak cukup dana, so buat dalam keadaan sedar. Aku dah tak kisah sebab aku nak sihat je waktu tu, semua segala benda aku hadap. Kalau kena operation sekali pun, aku redha, aku akan buat jugak secepat mungkin. Dah lepas buat process ni selama 10 minit, doktor pakar sahkan aku kena hiatus hernia.
Ada camera kat hujung untuk tengok apa yang jadi dalam perut |
Aku teringat macam-macam ubat masuk dalam perut aku masa tu. Ada ubat tu doktor bagi effect dia sangat kuat, aku rasa gelisah yang amat sangat. Nak tidur tak dapat, risau je memanjang. Fikir esok dapat makan ke tak, fikir macamana nak belajar nanti, fikir berat badan.. banyak fikir lah masa tu. Paling teruk aku fikir aku nak mati je sekarang, mudah sikit tak susahkan ibu ayah & semua orang. Astagfirullah..masa tu memang emosi teruk gila. Aku tak percaya aku boleh jadi macam tu. Dua hari makan ubat tu, aku tak tahan asyik macam tu, aku cakap kat ibu, ibu cakap stop makan ubat tu. So aku stop. Lepas stop tu, aku jadi normal la balik, tak rasa risau melampau macam semalam kan. Tapi still susah nak makan. Minum air kosong pun keluar balik, bayangkan lah :(
Mase tu rasa nak give up je dengan hidup, dalam masa 2 minggu berat aku turun 7kg, puncanya makan-muntah. Tengah on drugs, aku keluar juga rumah jumpa kawan sebab aku bosan duduk rumah, walaupun tengah on drugs tu aku gigil-gigil jugak, badan lenguh gila, rasa lemah sebab takde tenaga.. Ada kawan-kawan yang bagi semangat suruh sihat macam biasa. Ramai yang doakan. Aku cuba kuatkan diri untuk lawan, aku happy bila ibu ayah ada teman, orang tersayang selalu dengan aku, kawan-kawan support, aku jadi kuat nak lawan sakit ni.
Alhamdulillah sekarang aku dah boleh makan, jarang muntah..mungkin Allah nak hapuskan dosa aku yang dulu-dulu dengan datangkan sakit ni. Semua yang terjadi ada hikmah untuk masa depan, itu yang aku percaya. Dengan berkat doa ibu ayah, doa diri sendiri dan doa kawan-kawan, aku dah pulih sikit.. Bersyukurlah dengan apa nikmat yang korang ada sekarang, jaga badan korang elok-elok. Bersujudlah, berdoalah, kerana Allah s.w.t tetap mendengar dan melihat samada kau ingat pada Dia semasa kau senang dan susah. Cuma Dia tunggu masa yang sesuai je untuk tunjukan pada korang, apa yang korang nak dan belajar bersabar dalam setiap perkara.
Itu je gais. Penulisan pertama dalam blog. Wassallam. :)
- MOHAMAD NAZRIN RAMLI | DEC 2015
nazrin, bagaimana kabarmu sekarang ? Saya dari Indonesia dan juga menderita hernia hiatus.
ReplyDeletegejala yang saya rasakan ialah:
- rasa sesak di bagian ulu hati.
- tubuh bergetar (tremor) dan yang terparah adalah di bagian ulu hati.
- tidak dapat mengambil nafas dalam-dalam (nafas setengah-setengah).
- merasa peredaran darah tersumbat mulai dari bagian ulu hati dan naik hingga ke kepala.
- kepala terasa kencang.
Hernia Hiatus harus di-perbaiki, karena kalau tidak di-perbaiki, maka lama kelamaan akan semakin parah dan dapat menyebabkan komplikasi masalah yang lebih serius bagi penderitanya.
Cara mengobati Hernia Hiatus hanya bisa dengan cara operasi ! Jadi, jika punya kondisi Hernia Hiatus, harus segera di-operasi dan jangan di-tunda-tunda ! Karena kalau di-tunda, nanti akan bertambah parah !
Salam, Yudhi !
Salam, kabar baik. Terima kasih! Saya sudah semakin sihat. Boleh lihat update saya yang terbaru ya.
Deletesalam.tertarik dengan story nazrin,boleh bagi tips dan amalan diet sihat untuk gejala penyakit INI,sebab suami sye pun disahkan hidap penyakit sama macam nazrin.
ReplyDeleteWassalam, boleh lihat post terbaru dari saya ya. Saya ada listkan semua diet & tips. Terima kasih, semoga suami cepat sembuh.. Amin
DeleteSalam tuan. Macam mana tuan berpuasa tanpa ubat. Treatment seperti dalam video tu, tuan buat lagi ke sampai sekarang?
ReplyDeleteWassalam, jaga pemakanan je, pantang dari ambil makanan yg berisiko buat kita mual/muntah. Jaga waktu makan, jangan biarkan perut kosong. Exercise video tu buat sesekali je.. bila rajin hehe. Sakit ni tak boleh baik terus, cuma kita boleh kurangkan je simptomnya
DeleteSaya juga hiatal herniaš¢
ReplyDelete