Salam,
Dah 5 tahun tak buka blog ni, sampai dah terlupa ada blog sendiri haha. Ada reaction dari post saya sebelum ni "Pengalaman Hiatus Hernia" terus saya buka balik blog. Maaf ya sebab tak update. Alhamdulillah dah tahun 2020, saya masih sihat & menjalani kehidupan yang normal macam orang lain.
Post ni saya akan tulis apa yang saya dah buat sepanjang menderita sebagai pesakit Hiatus Hernia. Disini saya nak nyatakan yang saya belum 100% sembuh, saya ada juga muntah tapi dah jarang. Dalam seminggu ada lah sekali muntah, ada yang disebabkan makan terlalu banyak, minum terlalu banyak & makan pedas.
Awak yang menghidap ni mesti kena tahu, makanan apa yang paling senang buat awak muntah. Awak kena list kan. Tips saya bagi di bawah :
1. ELAKKAN MAKAN/MINUM YANG MUDAH BUAT RASA LOYA/MUNTAH
Contohnya bagi diri saya :
1. Makanan terlalu pedas
2. Susu
3. Roti
4. Kopi/Caffeine
5. Milo
6. Whipped Cream
7. Kek
8. Cheese
9. Air gas
List yang saya tulis ni saya kurangkan makan atau stop terus! Sampai sekarang saya tak hirup kopi langsung, Starbucks, McCafe, kopi tin. Itu adalah punca utama yang buat saya muntah, tapi ingat ya, tak semua orang sama tau.
Korang kena tahu sendiri badan korang macamana terhadap sesuatu makanan/minuman tu.
2. UBAH RUTIN HARIAN
Contohnya sebelum ni hidup kita, kita makan sesuka hati tak kira pukul berapa. Ada yang makan sekali pagi, sampai malam pun tak makan lagi. Itu bahaya. Perut kita tak boleh kosong tau! Bila kosong akan makin banyak angin & asid dalam perut yang boleh buat kita mual/loya.
Ubah rutin harian :
1. Makan sedikit tetapi secara kerap. Breakfast, brunch, lunch, petang ngeteh, dinner.
2. Kalau merokok, STOP merokok serta merta. Buang rokok/vape/pod tu jauh-jauh.
3. Waktu tidur sebelum pukul 12. Tidur mesti cukup 8 jam.
3. SENAMAN & URUTAN UNTUK PERUT
1. Buat senaman ringan. Duduk menegak, tarik nafas dalam-dalam, hembus.
Saya ada jugak buat senaman dalam video dibawah ni. Nak termuntah balik pun ada jugak. Haha. Tapi buat je, akan ada perubahan. InsyaAllah..
2. Urutan Perut.
Ikut urutan yang diajar dalam video ni. Sangat berkesan kalau kita buat dengan betul. Saya dah cuba memang betul. Buat perlahan-lahan dulu, jangan fikir buat sekali terus baik ye? Ikut step, buat setiap hari sekali pun cukup.
InsyaAllah tips saya bagi ni akan buat perubahan walaupun sedikit untuk awak semua. Nanti perut kita dah biasa dengan rutin baru kita buat ni, perut akan lebih ready. Jangan putus asa, jangan ingat awak tak boleh buat ya! Saya boleh buat sendiri dirumah tanpa jumpa doktor & tak perlu makan ubat lagi.
Ubah gaya hidup kita. Itu je kita kena buat. Itu lah penawar untuk segala benda.
- MOHAMAD NAZRIN RAMLI | APRIL 2020
Salam bos.. boleh tak nak wasap.. senang nak tanya sikit??
ReplyDeleteWassalam, boleh contact kat IG : mohdnazrinr
DeleteAssalamualaikum...alhamdulillah tuan dah sehat.Tuan amalkan pantang berapa bulan,ada ambil madu,apple cider,habbatussauda atau mknan sunnah lain tak?saya baru ja kena h.hernia.Sekarang ni baru start pantang.Harap kongsi skit supplement apa yg tuan ambil dan ubat doktor masih ambil atau berenti terus
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. alhamdulillah. Saya pantang lama setahun, baru nampak kesan. Saya ada makan habbatussauda, pil vitamin c & madu setiap hari, ada nampak perubahan.. Supplement sye takde ambik.. Ubat doktor sye dah tak makan dah. Harap tuan boleh cuba mkn sye ckp tu. Semoga Allah beri kesembuhan dari penyakit ni & dapat hidup normal macam orang lain..Aminn
Delete